Entry kali ni aku nak share sikit itenary getaway yang sangat ringkas sebab 2 hari 1 malam je tapi seronok. Disebabkan kami ni sejenis yang kuat berjalan dan makan. So, kami plan nak pergi Penang untuk food hunting dan berjimba(hepp! jgn fikir lain. Berjimba bagi istilah kami cuma memondan dan berhuhuhu feeling photoshoot. Tu je) Sebabkan Penang ni memang terkenal dengan syurga makanan, PENANG HERE WE GO!!!!
Ais kepal tu sekali kau sedut tambah 10 minit effect bibir sexy. |
Sebagai ketua untuk getaway kali ini,(sejenis aku yang paling semangat dalam setiap benda) haruslah aku akan plan semua benda dari itenary,bajet, tempat makan dan book hotel.(Caza plan sebab pernah duduk 3 tahun dulu belajar kat Penang la katakan)
Tips bercuti ke Penang:
- Penuhkan satu kereta kalau nak bajet yang lagi jimat sebab boleh tongtong hotel,minyak dan tol.
- Book hotel melalui agoda/booking.com untuk dapatkan tawaran yang terbaik dan murah.
- Bawak kad pelajar(kalau ada) sebab banyak entrance guna kad pelajar boleh dapat harga lebih murah.
- Kalau nak makan macam2 dalam satu hari korang boleh share ramai-ramai untuk satu jenis makanan.
- Ferry service ketika waktu puncak sangat lama kalau nak tunggu, baik korang plan betul2 time yang tepat dan tak ramai orang.
- Cek betul-betul hari tutup sesuatu tempat. Macam kiteorang bernasib malang pergi ketika minggu maintenance bukit bendera. Melepas ais mango Bukit Bendera yang viral tu.
Tarikh yang kiteorang pilih ketika trip ini ialah January 16- January 17, 2017. Sebab apa tarikh ni?
Kiteorang pilih weekdays sebab tak ramai orang kalau nak pergi mana-mana tempat tapi satu benda je spoil. Kalau pergi weekdays dan pagi, ketika itu adalah waktu puncak dan jalan sangat jammed.
Jadi plan sepatutnya kiteorang nak singgah breakfast di Ipoh pagi itu terpaksa dibatalkan.
Dekat mana nak stay? Macam mana nak stay 5 orang ada seorang jantan sesat satu tempat?
JENG!JENG!JENG! (Korang jangan fikir lain!) Kiteorang bukan lah wild people nak berparti liar bersama-sama.
Apa gunanya teknologi moden sekarang ini kalau kau tak pandai mempergunakannya?
So caza menggunakan BOOKING.COM dan tahu tak kami dapat apartment 2 bilik beserta ruang tamu dan kitchen mengadap laut cuma RM99/SEMALAM SAHAJA!! So share 5 orang baru rm20/seorang tak termasuk tax.
nah bukti! Dekat Batu Ferringi lagi tu. |
Ni caza nak share itenary 2 hari 1 malam kiteorang:
16 January 2017
7.00 am - Seorang lelaki member kteorg nama dia Wan. Dia la mangsa driver kteorang dan juga mangsa kena jemput sorang-sorang dekat rumah. Macam aku Caza yang baik, (huhuhu) aku gigih naik bas turun kat rumah Faten supaya Wan takdelah jemput setiap rumah kan.
9.00 am - Sebabkan Jalan Jam, baru sampai rumah Reen. So jemput sekali Balqis dan Reen. Dan kami pun bertolak ke Penang time jalan jammed ini. Rasakan! Plan kononnya sampai Ipoh pukul 11.00 pagi hanyalah harapn. So niat nak breakfast kat New Hollywood dibatalkan!!
1.00pm - Sampai di penang terus cari Restoran Kapitan. Sebagai seorang bekas pelajar Uitm Penang aku haruslah merindukan satu makanan favorite yang cuma ada di Penang,Chicken Milani. Sepatutnya nak singgah Kapitan Georgetown tapi kami terlajak ke Kapitan Gurney. Takpelah janji ada chichken milani ni.
Ni lah nikmat tuhan yang cuma berada di Penang sahaja. (upload gambar ni pun rasa nak meleleh ayaq liuq) |
2.00pm - Check in Sri Sayang apartment. View sumpah lawa sebab mengadap laut. Lepastu boleh lah siap2 sebelum nak jalan-jalan petang tu.
3.00pm - Penang street art! Tempat wajib singgah sebab ada signature of Penang,gambar-gambar di dinding itu. Sambil-sambil jalan boleh la pekena ais kepal. Jalan-jalan dengan bibir sexy kau!
port wajib gambar katanya. |
Tak rugi pun beli sebab sedap. |
6.00pm- Kononnya petang nak pekena mee sotong padang kota.Tapi kedainya sudah tutup. (Lain kali datang awal sikit boleh pekena mee sotong,coconut shake dan ABC. Memang superbbb!) Macam biasalah kita memondan je fefeeling photoshoot lagi lah..
ni sapa lagi mangsa cameraman kami.. |
7.00pm- Ini yang aku maksudkan pilih time ferry betul-betul. Sebab time ni nak dekat sejam jugak lah kteorang tunggu ferry nak ke seberang. (Btw, kteorang nak ke autocity, juru)
9.00pm- Tak pergi autocity ni pun takpe tapi sebab bukit bendera tutup jadi tu sebab kami tukar plan ke seberang. Dan sebab lama sangat nak tunggu turn masuk ferry tu sebab sampai lambat.
10.00pm-Makan di Gurney Drive. Bagi aku kalau kau nak pekena pesembur inilah tempatnya. Sebab bukan sahaja mamu ni boleh potong pesembur sambil menari tapi dia punya pesembur lagi sedap dan murah berbanding padang kota yang famous dengan pesembur tu.
![]() |
Dia ni dari zaman aku belajar sampai sekarang masih wujud kau tahu. |
10.30pm - Plan seterusnya kami nak ke pasar malam batu ferringi yang famous dengan jualan souvenir dan barang2 ciplak. Tapi ni lagi satu hal,kami sampai lambat.(Lagi!) Jadi banyak gila kedai dah tutup. Tapi masih boleh la jenjalan cuci mata tengok barang yang ada sebelum balik dan tido.
Yang hado! |
17 January 2017
8.00am - Check out! Sebelum pulang haruslah kita tangkap-tangkap gambar sikit di kawasan yang cantik seperti Dam Mengkuang dan Pantai Batu Ferringi. So singgah la kejap disini untuk abadikan kenangan gituhhhh!
Dam Mengkuang |
Pantai Miami, Bt Feringgi |
10.00am - Betapa ruginya lah kalau pagi tu kita cuma pekena nasi lemak ataupun makanan yang boleh je kau dapatkan kat KL. So, kiteorang ke Cafe Bee Hwa yang terletak di Georgetown, Betul-betul depan balai polis georgetown, Belakang Mydin. Untuk pekena chinese breakfast yang sumpah padu. Macam aku pekena mee kari putih, ada yang pekena char keow teow. Tapi sebabkan rasa member punya char keow teow ya ampun sedap, terus aku pi order sepinggan char keow teow dan roti bakar. (Ehh?? )
Sebab roti canai transfer road for breakfast is too mainstream.. |
11.00 am - Haruslah jenjalan area Chowrasta road area Cafe Bee Hwa itu dulu sebelum ke destinasi seterusnya.
12,00pm - Sebabkan masa kiteorang sangat singkat. Yelah 2 hari 1 malam je kan, lagi2 nak benda jadi lagi jimat. So kiteorang cuma boleh pergi satu je tempat berbayar. So lepas tengok pamplete yang aunty dekat Georgetown bagi semalam, kteorang decide untuk ke Muzium Hantu sebab macam tak pernah tengok lagi orang post pasal tempat ni.
Btw, entry yang berbayar seperti ini kalau engkorang bawak student card boleh dapat harga murah. Macam aku bawak, so dari harga RM18, aku cuma dapat RM10 sahaja. yeyy!
Tapi rating untuk muzium hantu bagi aku 2/5.0 bintang. Sebab mcm biasa jee. Baik pergi Food Wonder tu.
P/S:
Teringat zaman kanank-kanak dulu ada pameran hantu dekat Muzium negara. Bagi aku yang pameran tu lagi berbaloi-baloi.
Ni area hantu melayu. mana satu langsuir? |
Ni area hantu cina. |
Ni area hantu omputeh. Tandas berdarah kau. |
12.00pm - Sebelum berangkat pulang, ada lagi satu tempat free yang kiteorang nak jejak. Tokong Kek Lok si. Aku sengaja bawa dorang kat sini sebabnya nak suruh dorang penat memanjat tangga yang bapak tinggi sampai atas. Lagipun kat atas tu lawa, dan sepanjang laluan tu ada jual barang sovenir yang best-best. So 2 in 1, kau dapat pergi Penang attraction dan shopping buah tangan murah.
Sesudah sampai atas. Takdelah atas sgt sbb dah tak larat. Surrender! |
2.00pm - Bergerak ke seberang menggunakan ferry. Time ni tak pulak tunggu lama. So untuk makan tengahari, kami plan untuk makan di Perda kat seberang. Orang penang bila kita sebut nak makan Perda diorang dah dapat agak pun sebenarnya nak makan apa kan. Yess! Specially for ikan bawal Wan Zai! Pekena ikan bawal panas dengan kari melayu sumpah tiptop!
Pagi makanan chinese, tengahari kembali ke melayu. |
3.00pm - BYE PENANG! DONT WORRY WE WILL STILL MEET YOU AGAIN THIS YEAR!
Jadi mari kita calculate bajet yang aku keluarkan:
Minyak dan Tol: Rm50
Apartment: Rm23 (Included tax)
Lunch day 1: Rm15
Ice Kepal : Rm3
Dinner Day 1: Rm4
Breakfast: Rm10
Muzium Hantu: Rm10
Lunch Day 2 : Rm10
TOTAL : RM 125
Nampak tak dengan bajet ciput kau boleh beronok-ronok dengan kengkawan. Korang kalau dapat plan betul2 mesti lagi best punya.
Kemana pula kita lepas ini?? JENG! JENG! JENG!
Nanti Caza share lagi tips dan trick untuk tempat lain pula yee.. wink wink!
kawan laki tu tido sebilik ke??
ReplyDeletebaca ke tidak? kan dia kata ade dua bilik😑
DeleteNnt g lngkawi pulk...welcome 2 my place..tp lg best n murni brjln dng hawa semua...insyaAllh
ReplyDeleteSalam saya nak tanya, awak gerak dari kl ke?
ReplyDeleteSalam saya nak tanya, awak gerak dari kl ke?
ReplyDeleteSalam saya nak tanya, awak gerak dari kl ke?
ReplyDelete