Itenary Percutian 3H2M di Pulau Redang

Kenapa nak pergi Maldives sedangkan Malaysia punya pantai lagi lawa.

So, kalau engkorang tengah plan nak ke Pulau Redang tu, pastikan benda pertama sekali korang kena tahu dan plan ialah BILA NAK PERGI? BULAN BERAPA SESUAI?
Seperti ramai yang sedia maklum pulau-pulau yang terletak di belah timur(Terengganu) akan mengalami musim monsoon. Ombak tinggi dan angin sangat kencang memang sangat tak sesuai untuk kau nak berhuhuhu di tepi pantai. Silap kang kau yang terbang ke alam lain. 

NOVEMBER-FEBRUARI ADALAH NOPE! NOPE! NOPE!
Ada je pulau yang bukak masa januari tapi still nope! Laut masih bergelora dan rugi duit kau pergi time ni sebab laut tak cantik. Baik kau pergi Port Dickson. (Tapi pakej yg ditawarkan ketika ini sangat murah la)

Tahun 2016 tahun lepas, dua kali jugak aku pergi ke Pulau Redang. First before puasa dengan family(cuti sekolah-peak season) dan second dengan kawan tempat kerja 5 orang selepas raya (weekdays-normal season). Which is dua-dua masa ini menawarkan pakej harga yang berbeza. Of course la pergi weekdays murah. Masa pergi untuk kali kedua tu, ramai pulak Beach boy perasan aku pernah datang sebelum ini. Hahahahaha. Biarlah banyak kali pun, feeling bercuti dengan kawan-kawan dan family berbeza laa.

June 2016 with family


July 2016 with friends

Sedikit tips dari Caza:
1. Lagi ramai korang pergi lagi murah sebab boleh tontong minyak dan tol.
2.Survey pakej mengikut kemampuan bukan nafsu.

Ni aku nak share itenary dari hari kami bertolak sampai pulang yang bulan July tu(dengan member).Bahawasanya kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam (12.00am)
satu kereta 5 orang. Yang drive sorang member je nama dia Met. Sorry member kami terlelap tak dapat teman. Kami tahu kami hampeh tapi sorry kami tak boleh bawak kete manual. hiks~

sorry Met. Tapi dia dpt gambar sebagai balas dendam.

25 JULAI 2016
12.00am-Lepas Met pick up semua orang di rumah masing-masing. Kami memulakan perjalanan dan sempat singgah kejap di Petronas Genting Sampah nak shishi dan mohon korang beli la air atau jajan atau breakfast pagi tu ketika ini. Sebab bila dah sampai jetty, kedai nak beli jajan/air/breakfast tak best sangat mcm kedai mesra.

8.30am-Sampai Kuala Terengganu terus cari Jetty Syahbandar yang terletak sebelah je dengan pasar payang. Dan dah dapat parking, (RM18/3days) terus boleh cari kaunter tiket ferry. Bahawasanya juga kami dah deal satu pakej dari Redang Lagoon Resort. Pakej tu juga termasuk ferry transfer, makan, chalet dan snorkelling trip.(RM260) Jadi, terus cari kaunter 3 seperti yg diberitahu reception Redang Lagoon, bagitahu nama dan terus dapat tiket. Senang kan? 

9.00am- To Pulau Redang here we go! Naik ferry boleh la kau qada' tido yang tak cukup masa perjalanan malam tadi tu.


Dalam ferry dalam 2-3 jam la jugak. (muka takmandi, tak makeup, baru bangun tido)


  
kena transfer ke platform bergerak sebelum jejak pulau. Time ni kau amaze gila sbb nampak laut cantik crystal clear.

12.00pm- Sampai akhirnya di Pulau yang ya Allah cantiknya!! Turun je dari platform tu kena jalan sikit je untuk sampai ke tempat check-in "Redang Lagoon Resort" Sebabkan kiteorang dah bayar deposit rm100 seorang sebelum ini, jadi kami cuma perlu bayar selebihnya sahaja cuma rm160. Dan untuk snorkelling equipment korang kena tambah Rm10, Life jacket tambah Rm10. Sebabkan kteorg bawak snorkelling equipment sendiri, so kiteorg cuma tambah rm10 sahaja untuk Life Jacket.


Sementara menunggu nak masuk bilik. Harus la kita fenfeeling


1.00pm- Lunch(termasuk pakej) Buffet dan lauknya sangat banyak dan sangat puas hati.Lepastu boleh ready untuk snorkelling trip. (Sampai-sampai terus snorkelling kau ghaser)

2.00pm- Snorkelling trip 1.0. Check point ni dia hantar kau kat tengah laut ye. So memang kena lompat dari boat. Jangan lupa bawa waterproof camera korang. Rugi lah pergi tempat lawa tapi tak tangkap gambar dalam air kan.

Boat nelayan yg bawak kteorg pi trip snorkling ni.

ni boatman yg amik camera aku tlg selam n tangkapkan gambar

4.00pm- Habis snorkelling harus lah lapar. Dan makanan petang pun termasuk jugak dalam pakej (jimat tak jimat?) buffet jemput-jemput dan tea/coffee sangat lah sedapnya bila kau tengah lapar ketika itu. Dan petang tu free and easy. Boleh la pergi snorkelling depan hotel ni (Banyak jugak coral dan ikan) ataupun kau boleh fefeeling hindustan photoshoot gambar keliling pulau mcm kiteorang.

Fefeeling kennn..

Kat sini boleh photoshoot janam-janam gituhh,

7.30pm- Setelah puas memondan satu pulau boleh lah mandi bersihkan badan semua and get ready for dinner. Time dinner ni ikut nasib lah kadang-kadang first day sampai dah kena bbq day. Sebab dia selang seli bbq or dinner untuk setiap malam. Habis dinner pun free and easy. Macam kami lepak beborak ddk dekat buai pandang bintang dengar bunyi laut.. Haishh rindunya bunyi laut. 


26 Julai 2016

8.00am- Breakfast dan get ready untuk snorkelling trip to Marine Park. Yang ni kena tambah extra RM5 untuk charge masuk ke marine park.(Kenapalah dia tak masukkan je sekali dalam pakej?)

9.00am. Marine park! Aku rasa dalam banyak-banyak snorkelling trip, aku paling suka Marine park ni sebab coral dia lagi lawa dan besar. Lepastu ikan dia pelbagai. Sebabkan sebelum ni aku pernah pergi dengan family, ayah aku pernah tunjuk port mana coral and ikan best, so aku tunjukkan lah kawan-kawan aku ni tempat coral besar yang ada sarang ikan besar begigi tajam. bahahhahaa. Lepastu port boatman tunjuk belut air yang bapak besar nokharam geli la siot!

bagi makan ikan dgn roti.
Air dia sangat-sangat jernih.
12.00pm- Back to Pulau dan Lunch. Lepastu boleh la tido kejap, zohor dan ready untuk trip seterusnya.

2.00pm- Trip yang ni sama je macam semalam which is terjun dari boat. Cuma tempat je berbeza tapi pengalaman dia sama, kau tetap akan telan air payau masin.

4.00pm- Macam biasa lepas makan petang jemput-jemput buffet yang sama macam semalam boleh lah memondan sama ada nak photoshoot lagi atau snorkelling dekat laut depan chalet ni. Macam kami ni buat travel music video so memang banyak gila memondan. Boleh tengok mv kami kat sini.


8.00pm- Dinner/bbq. Lepastu boleh lah buat sesi deep feeling depan angin sepoi-sepoi pantai. Pergh syiokkk!


27 Julai 2016

8,30am- Breakfast, Kemas apa yang patut, gambar-gambar sikit dan boleh lah check out.

10.00am- Back to Jetty Syahbandar. Lepastu boleh lah fikirkan aktiviti di Kuala Terengganu seperti beli kopok lekor, Makan ICT(Ikan Celup Tepung ke). Macam kami ni sejenis skema berilmiah pergi melawat Pusat Sains Terengganu. Hiks

Total Yang kami habiskan untuk trip ini:
Tol dan minyak = RM50/pax
Parking = RM3.60/pax
Pakej Redang = Rm260/pax
Life Jacket = RM10/pax
Marine park entrance = RM5/pax
Lunch on the way balik = RM5

TOTAL = RM333.60 tak termasuk beli kopok lekor bawak balik

Ini harga pakej utk tahun 2017. Murah kan kalau dapat ramai sbb quad room murah.

sapa nak book pakej ni sila contact nombor nombor itu.

Itu sahaja untuk Pulau Redang. Nantikan next post! wink wink

Comments