SINGAPORE & JB: BAJET BACKPACKER 2017


Girl duo getaway
Dua minggu sejurus pulang dari Penang, aku memang dah plan dengan Reen(kawan baik tempat kerja) untuk bercuti secara bajet awal Februari ini sekurangnya keluar dari Malaysia. Plan awal sebenarnya nak pergi Vietnam dengan member-member lain tapi atas sebab tertentu plan dibatalkan. Jadi disebabkan bajet ke Vietnam masih ada, itu sebabnya getaway kami menjadi banyak, Penang dan Singapore.

Tapi percayalah bajet yang kiteorang gunakan sangat ciput sebab masing-masing sanggup ikat perut. Yelah, makanan dekat SG tu bapak mahal selepas convert woi! Masing-masing pulak jenis kedekut.

Benda first sekali kena fikir kalau engkorang nak bergetaway ke Singapore ialah DUDUK MANA?
Macam kami, menginap dekat Larkin. Kenapa Larkin?? Sebabnya:
1. Dekat dengan terminal bas, senang nak keluar masuk SG dengan public transport.
2. Dekat dengan banyak tempat makanan, mudah untuk kau makan kalau lapar tengah malam. Lagi lagi jenis tiada kenderaan sendiri.
3. Lagi murah berbanding kalau menginap di Singapore.

Jadi setelah puas aku buat research kat internet dari Agoda ke Booking.com jumpa lah Hostel yang paling murah ketika itu di Larkin, Double K hostel. Lepastu member aku, kimi suggest kalau nak booking hostel baiklah tempah dari Hostelworld.com sebab katanya lebih murah untuk harga hostel.
Yes, memang murah pun sebab dekat booking.com aku jumpa RM60/Semalam. Dekat Hostelworld aku jumpa bilik yang sama rm50/semalam. Rm10 beza pun jumlah yang banyak ye! Kau boleh buat makan breakfast dua hari.

Sebab bilik punya dinding lawa kita ambik gambar dulu.
Review untuk Double K hostel:
RECOMMENDED! Service terbaik! Bilik selesa sangat, mungkin sebab kiteorang amik private room untuk 2 orang. Breakfast included (roti bakar dan teh/coffee). Bilik air pun selesa(ini penting!), iron disediakan, hair dryer dan tempat lepak boleh main caroom/dart. Yang penting wifi disediakan!

Jadi macam biasa Caza nak share itenary 3 hari 2 malam kiteorang di Singapore & Jb pulak.


1 FEBRUARI 2017

8.00 am - Sebabkan kami nak sampai awal di JB so, kami beli tiket bas dekat TBS pukul 9.00 pagi. Jadi sampai awal dekat TBS boleh lah breakfast dulu sebelum bergerak. (Beli tiket awal dua hari)

9.00 am - OFF OFF! HERE WE GO JB! (Selalu pergi Jb dengan Reen time outstation, kali ni kita pergi berhuhuhu bersama.

Breakfast kat kedai mamak TBS tingkat atas tu.
1.00 pm - Tepat seperti yang dirancangkan, kami tiba di terminal bas larkin 4 jam selepas bertolak. Tapi masalahnya kami berdua pertama kali jejak Larkin dan tak tahu ke mana hala nak tuju. Nasib ada waze, gps jelah caranya untuk kesan terletaknya Double K hostel ni. 
Dan seperti yang aku tahu, dekat area station bas Larkin ni ada satu food court yang ada banyak gila makanan-makanan famous dekat Johor. Jadi sebelum check in bagusnya lah kalau kita lunch dulu. Perut pun mesti lah lapar.

2.00 pm - Food court Larkin tu sebenarnya terletak dekat je dengan Hostel kiteorang tu. Jadi memang jalan sikit je. Dan Double K hostel tu terletak di kawasan-kawasan kedai lot,tingkat atas. Which is banyak kedai makan dan kedai runcit. Jadi terus check in sahaja selepas makan.

3.00 pm - Masalah pertama berlaku! Plan asal sepatutnya kawan kami org JB nak bawak jenjalan petang tu dekat JB tapi tapi... Last minute kteorang dah sampai baru member ni bagitahu tak jadi. Kau ghaser??????!!!!!

Aku dengan plan gila ni terus ajak Reen masuk Singapore petang tu jugak sebab dah tak tahu nak buat apa. Dan dengan main redahnya kami terus ke Terminal bas Larkin untuk tengok mana bas yang ke Singapore.

Pastikan anda tak tersangkut PTPTN. Hiks.

Untuk tips ketika nak cari bas masuk SG dari Larkin:

Banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan masuk ke Singapore seperti Causeway Link, JB-SINGAPORE Express dan SBS. Jadi mana-mana bas yang tulis Keranji, Queen Street atau Singapore korang boleh naik. Dan boleh je tanya driver bas kalau tak pasti. (RM3.30 sahaja sehala)
Macam kami sejenis main bedal, naik bas Causeway Link(warna kuning) bernombor CW1 ke Keranji sebab fikir Keranji tu ada MRT station senang nak pergi mana-mana. Tapi sepatutnya baik naik CW2 ke Queen Street yang berada di tengah bandar dan dekat dgn station MRT Bugis dan Arab street(menyesal disitu).

Btw, tiket kena simpan dan jangan hilangkan. Sebab?
Memang la tiket bas tu satu hala ke SG tapi urusan imegresen Malaysia dan Singapore memerlukan engkau turun naik bas banyak kali dan setiap kali naik bas tu, cuma perlu tunjuk tiket tu je. Bas dari Larkin tu akan bawa kau terus ke CIQ JB.Untuk urusan imegresen di sini, cari auto gate je kalau nak pantas, masa ni kau nampak ramai berlari berkejaran sebab dorang nak kejar bas tadi. Bila dah selesai autogate, ikut je flow orang ramai untuk cari tempat bas ke SG pulak. Time ni kau kena cari signboard CW1,CW2,CW3 or SBS dan ramai orang beratur kat setiap sign yang dia tulis(yang ni boleh je naik mana2 bas ikut syarikat korang). 

Ni tiket bas CW1 (Causeway Link)
Dari CIQ kau akan terus dibawa ke Woodland dulu sebelum ke destinasi yang korang nak pergi. Ini untuk urusan imegresen cop Singapore. Pastikan sebelum beratur untuk cop passport, korang sudah selesai isi kad embarkation(Ambik dekat tepi-tepi tu je). Setelah selesai urusan passport, macam biasa kau akan berlari berkejaran untuk mencari bas Causeway itu kembali.

4.00 pm - Tiba di Keranji MRT Station. Sejam wei urusan turun naik bas ni. Dekat sini je dah penat weyh!.Btw, pastikan kalau nak naik MRT korang kena ada kad EZ-LINK(ala2 touch n go). Which is lagi murah berbanding beli tiket kat mesin. Macam kad Ez-link aku ni pinjam dekat kawan je(jimat!) Dan dekat station ni aku topup $10 sahaja untuk kegunaan dua hari. Percayalah cakap aku, lebih dari cukup jumlah tu.

5.00 pm - Disebabkan kami sejenis main redah tak plan apa-apa. Kami decide untuk ke Arab Street(sempat lah dlm bas tadi study baca blog orang pasal tourist attraction dimana diorang bagitahu yg Arab Street ni one of the tourist attraction sebab adanya Masjid Sultan) Dan ambil masa hampir sejam jugak lah dari MRT Keranji ke MRT Bugis(Tu sebab aku kata menyesal tak ambik bas CW2 terus ke Queen Street).

Mintak org korea amikkan gambar kami depan Masjid Sultan.

Arab street ni depan Masjid Sultan je. Kedai souvenir murah! Banyak kedai pak2 arab area ni.

Kalau jalan depan-depan sikit banyak street-street art korang boleh jumpa.

7.00 pm - Selepas puas jalan di area Arab Street, tiba-tiba member org JB tu whatsapp(gigih cari wifi free) ajak makan malam sama-sama. Jadi kami decide untuk pulang kembali ke JB waktu ini dari Queen Street. Jadi berpandukan map yang kami snap dari MRT tu terus kami mencari jalan ke bas station Queen Street. Disebabkan ketika itu ada satu je bas(JB-SINGAPORE Express) ke Larkin, kami terus beli tiket bas $3.30. Macam biasa dengan urusan lama di imigresen, terpaksalah korban kan tenaga dan masa di situ.

Angkara tiada internet, terpaksa guna cara lama tengok map. Haaahaha
9.00pm - Sampai hostel dan siap siap untuk dinner, Member aku tu jemput kat sini dan kami decide untuk makan malam di Kilang Battery (tempat paling standard aku boleh fikir ketika itu) 
Boleh je plan makan kat nasi goreng bawah tangga atau yong tau foo Larkin ke tapi time tu aku boleh fikir makanan Johor banyak kat food court, dan kilang battery tu ada food court which is ada la jual chicken chop rm5, soto, mee rebus, kacang pool haji dan mcm2 lagi signature johor.

10.00pm - Tiba-tiba kawan aku lagi sorang, orang JB text nak jumpa. So dia pun join kami makan malam sekali dkt situ. Dan dia ajak sambung lepak malam tu pergi ke Bazaar Karat. Kalau datang JB tak sah kiranya kalau tak pergi bazaar karat. Dia ala-ala uptown cheras tapi bagi aku best lah nak cuci mata malam-malam bila tak tahu nak buat apa. 

Kiri syikin, kwn tempat keje cawangan Johor. Kanan Razi kwn uitm penang. Pertemuan kwn2 gitu.

Jalan2 bazaar karat terjumpa kawan2 menari dulu. Sorg menari team Persada, dua orang lagi team Pewaris.

12.00 pm - Dah habis Razi bawak jalan Bazaar Karat dan satu JB macam tourist guide tak berbayar, maka kembali lah kami ke Hostel untuk beradu.

2 FEBRUARI 2017

9.00 am - Siap pagi-pagi, sebab katanya Syikin nak bawak kami masuk SG naik kereta pagi itu. Jadi sementara menunggu, kami breakfast dulu dekat loudge Double K hostel ni. Walaupun simple breakfast tapi masih best sebab suasana ruang makan yang menarik banyak lukisan.

Breakfast pun boleh bergambar sbb background lawa. 

10.00 am - Syikin masih belum lagi muncul, kami pun jenjalan lah area bas stop Larkin tu nak tapau makanan. Haaaaaa!!! ni Tips dan Trick dia, sebelum masuk SG pastikan kau bungkus makanan yang paling mudah untuk kau bawak jalan-jalan dan letak dalam bag (aku bawak sling bag dgn back pack kecik utk letak makanan) Macam kami jenis perut kecik, makan sikit pun takpe. Jadi dekat stesen bas tu banyak kedai2 breakfast yang best kau boleh tapau. Kami beli nugget sorang 3 cucuk, ringan dan senang nak makan kalau lapar. Tapi dalam beg aku sebenarnya awal-awal lagi dah ready roti, cekelat dan mcm2 jajan lain. Hiks

10.30 am - Sykin tak muncul lagi, jadi kami decide untuk breakfast untuk kali kedua sebab tak tahan tengok kat warung Larkin ni banyak makanan sedap. Kami dua-dua order Soto. Sumpah sedap gila soto warung ni. Kalau korang nak cari, warung ni terletak di tengah-tengah meghadap parking kereta, dan banyak gila jual kuih-kuih yg mcm-mcm jenis.

11.00 am - Syikin masih tak muncul,aku rasa macam dah banyak buang masa ni. So, kami decide untuk masuk SG sendiri macam semalam. Naik bas. Kali ni kami terus naik CW2 untuk ke Queen Street (dah expert sikit. bahahahaha).

12.00 am - Sampai sahaja di Queen Street, terus cari MRT Bugis sebab ketika itu adalah bagus kiranya kita ke patung Singa yang famous itu. Jadi untuk ke Merlion park tu, kena turun di stesen MRT Raffel place. Tapi kami ni jenis noob dan blur tak tahu hala tuju. Main redah sekali lagi. Redah punya redah akhirnya jumpa juga patung tu..

Datang SG wajib pergi tempat ni.

Dan wajib tangkap gambar depan ni. Kami mintak org tangkapkan gambar depan bangunan famous ni.

1.00 pm - Dah habis cuci mata area Merlion, kami kembali mencari station MRT. Ni lagi satu hal  
(memandangkan mrt ni banyak interchange, kau kena pilih station warna mana yang dekat untuk ke sesuatu tempat. Masa ni kami sesat jugak lah nak cari station MRT warna apa dah lupa tapi kami nak ke VIVO CITY sbb nak ke Sentosa.

2.00 pm - Sebabkan kami dah janji nak jumpa Syikin pukul 3, kami plan nak jumpa di tingkat 4 di Vivo tu. (dengan tak ada internet kita confident saja).

Btw, sebab kami nak ke sentosa ialah bukan sahaja nak jalan-jalan tapi juga sebab kami dah beli tiket attraction dekat sentosa iaitu skyride. Aku beli dekat 11 street. Ni tips kalau nak masuk apa-apa atttraction termasuk USS dengan murah, kau boleh layari 11 street . Ikut sahaja instruction, lepas dah dapat confirmation dari agency tersebut, kena claim tiket dekat kaunter-kaunter yang dinyatakan dalam email. Macam aku terus claim dekat tingkat 4 VIVO tu je. Senang!

Antara attraction yang ada dalam Sentosa
3.00 pm - Untuk masuk ke pulau sentosa ada dua cara. Pertama, paling mudah naik macam monorel terus ke Sentosa $4. Kedua, jalan kaki bayar $1, tapi jangan risau tak penat sangat sebab ada travelator. Tapi sebab nasib kami baik tak payah bayar pun masuk sentosa tu.


Bila dah masuk sentosa, tempat wajib bergambor walaupun tak masuk.
4.00 pm - Cuma berpandukan papan tanda saja untuk ke tempat yang nak pergi, macam kami nak ke Skyride. Kalau tak tahu guna papan tanda, tadi masa dekat kaunter claim tiket boleh ambil peta. Percuma saja.

5.00 pm - Btw, kami ambil pakej unlimited ride untuk skyride, RM38/seorang. Berpuluh kali la jugak turun naik skyride tu dari view siang, sunset sampai malam. Dapat jugak jalan-jalan area seberang yang ada laut tu.

Ni lah skyride tu. Mula-mula lah gayat sikit

Pantai Sentosa. Picnic best lah.
7.00 pm - Dah puas ronda Sentosa. Kembali ke seberang tapi kami dah tak larat nak jalan. Jadi decide naik je Sentosa Express dan tak kisah bayar $4. Tapi nasib kami baik sebab tak perlu bayar apa-apa pun masa tu. Mungkin mesin rosak rasanya.

8.00 pm - Dan plan seterusnya kami nak kejar pertunjukan lampu dekat Garden By the Bay (free je). Jadi turun lah di stesen Marina Bay. Berlari lah jugak takut terlepas tengok show. Sampai-sampai tahap excited tu melonjak kejap sebab dengar lagu tradisional (iols kan penari tradisional). Dengan lampu dekat pokok avatar yang cantik tu, dengan diiringi lagu-lagu yang best. Memang excited tu melonjak dua kali ganda. Tak rugi pergi wey. Katanya setiap malam ada show ni. Bila sampai sini jangan terkejut tengok mat saleh banyak baring pandang langit.


Masih excited

9.30 pm - Sampai dah muak tangkap gambar view malam pokok avatar, kami decide untuk kembali ke Arab street sebab nak beli souvenir seperti fridge magnet. Aku beli satu je $2 untuk rumah. 

10.00 pm - Pulang ke JB tapi kami balik ikut Syikin naik kereta sbb ayah dia kerja sini.

11.00 pm - Sampai JB dengan keaadaan lapar. Nasib bawah hostel kami ada banyak kedai makan. Jadi melantak dulu sebelum tidor.

3 FEBRUARI 2017

10.00 am - Disebabkan kaki malam tadi sakit dan penat berjalan, kami sengaja bangun lambat. Lagipun plan untuk harini nak jumpa kawan aku lagi sorang, Uemy (orang JB) kawan lama tak jumpa nak ajak makan-makan sebelum balik KL.

10.30 am - Sebabkan terngiang soto semalam yang sedap, kami skip breakfast hostel dan terus menuju ke stesen bas cari warung semalam. Lagipun dekat stesen bas ni ada pasar, boleh lah beli buah tangan sikit untuk mama.

Uemy was here!
12.00 pm - Uemy datang tepat pada masa. Check out kejap, paling tak boleh blah owner hostel ni rupanya kenal dgn member aku selepas member aku tiba-tiba tengok ig story. Dan macam biasa, tempat yang aku mengidam sangat nak makan haruslah murtabak cheese JB. Haritu pernah makan tapi tak puas. Kali ni makan terlebih puas pulak. Sedap gila. Boleh la korang singgah MURTABAK CHEESE MAJID. Memang famous dan viral kat sini.


Sebelum singgah makan, singgah stadium tangkap gambor dlu. Ingat pergi stadium MU je ke boleh tangkap gambar?



1.00 pm - Disebabkan bas nak pulang ke KL lama lagi, kami masih mahu makan, Jadi pergi lah 
singgah Food trip konon nak makan desert lah.

Logo england tauu food trip ni.


Nutella cheesecake & Chocolate Smooties for me.
3.00 pm - Alah dah nak balik dah KL. Makanya getaway JB Singapore sudah tamat. Sedih tapi bakal ada percutian yang lain. Tapi dimana??? Jeng jeng jeng. Nantikan!!

TIPS DAN TRICK:
1. Tukar duit dekat KL, Kami tukar duit dekat Larkin mahal.
2. Kalau ikut bajet macam kteorang, Cuma tukar duit RM100 sahaja (Guna tak habis pun)
3. Bawak bekal atau jajan. Bawak juga beg sandang untuk memudahkan bawak makanan kulur kilir.
4. Plan betul2 nak pergi mana jangan jadi macam kteorang.


Untuk nampak apa yang berlaku ketika getaway kami, Boleh lah tengok video ni. Bye bye!

Comments

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Post a Comment